Thursday, March 8, 2012

YOU ! gr



Antara sebab-sebab cinta yang kembang mekar di awalnya namun layu di penghujungnya :-
1) Penipuan – Kalau wujudnya penipuan dalam sesuatu perhubungan, lambat laun akan diketahui juga oleh pasangan. Dan bila pasangan mendapat tahu cintanya dikhianati, pastinya hati yang terluka itu sukar diubati.
2) Obses – Ada individu yang terlalu obses pada pasangannya, sehinggakan setiap gerak geri pasangan dikawalnya. Ini akan mengakibatkan pasangannya terasa terlalu dikongkong dah hilang kebebasan. Lama-kelamaan pasangan akan mula rasa jemu dan ini akan mengakibatkan keretakkan dalam perhubungan itu.
3) Mengungkit kisah lalu – Kata orang yang lepas biarlah berlalu. Ada individu yang suka mengungkit kisah cinta lalu pasangannya mahupun dirinya sendiri. Ada juga yang suka membandingkan pasangan sekarang ini dengan ex nya. Ini akan mengakibatkan berlakunya konflik dalam perhubungan itu.
4) Tiada chemistry – Adakalanya di awal perhubungan, pasangan boleh bertolak ansur dan saling memahami satu sama lain. Namun lama kelamaan wujud pula percanggahan pendapat. Hal-hal sebegini akan mengakibatkan pasangan sering berbalah.
5) Mendesak – Ada individu yang suka sangat mendesak pasangannya, sedangkan apa yang diminta itu diluar kemampuan pasangannya. Ini akan mengakibatkan pasangan tersebut rimas dan ini akan mengangggu keharmonian perhubungan itu.
6) Orang Ketiga – Banyak hubungan yang hancur akibat orang ketiga (kaum keluarga, sahabat handai dan orang sekeliling). Campur tangan orang ketiga dalam membuat sesuatu keputusan boleh mengakibatkan hubungan itu menjadi renggang dan akhirnya tidak kesampaian.
Ini antara beberapa sebab mengapa sesebuah perhubungan itu tidak mampu bertahan. Dalam bercinta kita perlu ‘give and take’. Cinta umpama sekuntum bunga mawar..cantik di pandang, harum baunya, menjadi idaman semua namun durinya boleh membuat kita terluka. Kalau you all mengimpikan cinta yang 100% perfect, you all pasti akan kecewa kerana cinta ada pasang surutnya.
Namun walau apa pun halangan yang perlu dihadapi dalam sesuatu perhubungan itu, cubalah sebaik mungkin untuk mengatasinya bersama. Jangan biarkan cinta yang disemai sekian lama, musnah hanya kerana kealpaan sendiri.

copy paste 

After reading,click LIKE if kamo suke ok.thanks ;)

0 00 bercerita: